Monday, March 26, 2012

Perbentangan Blog Kumpulan

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

saya ingin memaklumkan bahawa perbentangan blog kumpulan akan bermula pada minggu 13
penilaian dibuat berdasarkan kandungan rancangan mengajar. aktiviti perlu disepadukan penggunaan teknologi..

sekian terim kasih

Thursday, February 2, 2012

Perubahan Waktu Penghantaran Tugasan Individu

assalamualaikum semua..

untuk menghantar tugasan ulasan artikel anda diminta untuk menghantar pada minggu ke 8
selepas anda semua cuti pertengahan semester..

sekian terima kasih =)

Wednesday, January 4, 2012

sebarang pertanyaan

assalamualaikum semua!!!

sekiranya ada seberang pertanyaan berkaitan subjek teknologi untuk kanak-kanak. terus hantarkan komen atau emel kepada kami

miss nurul syazwani : nurul.syazwani@uniti.edu.my
miss izzati : ezz0208@yahoo.com

selamat berblogging...

Rancangan Intruksional

RANCANGAN INSTRUKSIONAL

DIPLOMA PENDIDIKAN PRASEKOLAH

SEMESTER 4

A. MAKLUMAT KURSUS

Kod Kursus : DPP 3122

Tajuk Kursus : Teknologi Untuk Kanak-Kanak

Penyelaras / Pensyarah : Cik Nurul Syazwani Binti Md Yusof

Tutor : Cik Nur Izzatie Binti Isa

Nilai Kredit : 2 jam kredit

B. OBJEKTIF KURSUS

Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat :

1. Menyenaraikan peranan guru dalam menilai kegunaan yang sesuai bagi teknologi dalam pendidikan prasekolah.

2. Menyenaraikan potensi manfaat-manfaat penggunaan bersesuaian bagi teknologi dalam program prasekolah.

3. Mengintegrasikan teknologi ke dalam persekitaran pembelajaran lazim.

4. Menghasilkan bahan pengajaran berunsur teknologi agar wujudnya capaian yang saksama bagi semua kanak-kanak.

5. Menyenaraikan cara untuk melindungi kanak-kanak daripada penstreotaipan dan keganasan dalam perisian

6. Menyenaraikan peranan guru dan ibu bapa sebagai pembela hak kanak-kanak untuk teknologi bermanfaat.

7. Menyenaraikan implikasi teknologi perkembangan profesional.

Sinopsis Kursus:

Peranan guru dalam menilai kegunaan-kegunaan yang sesuai bagi teknologi dalam program prasekolah. Potensi manfaat-manfaat penggunaan yang bersesuaian bagi teknologi dalam program prasekolah. Integrasi teknologi ke dalam persekitaran pembelajaran lazim. Capaian saksama untuk teknologi, termasuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Melindungi kanak-kanak daripada penstreotaipan dan keganasan dalam perisian. Peranan guru dan ibu bapa sebagai pembela hak kanak-kanak untuk teknologi bermanfaat. Implikasi teknologi terhadap perkembangan profesional.

C. MAKLUMAT KULIAH

MINGGU / TARIKH

TAJUK

KUIZ / PENGLIBATAN

CATATAN

1

2/1/2012

Pengenalan

2

9/1/2012

Kuliah 1 - Pengenalan Teknologi Untuk Kanak-Kanak

3

16/1/2012

Kuliah 2 - Information Technology, The Internet, And You

4

23/1/2012

Kuliah 3- The Internet And The Web

5

30/1/2012

Kuliah 4- Basic Application Software

6

6/2/2012

Kuliah 5- Input And Output

7

13/2/2012

Kuliah 6- Peranan Guru Dalam Menilai Teknologi Yang Bersesuaian Untuk Kanak-Kanak

8

20/2/2012

Cuti Pertengahan Semester

9

27/2/2012

Ujian Pertengahan Semester

10

5/3/2012

Kuliah 7- Potensi Dan Manfaat Penggunaan Teknologi

Hantar Tugasan 1

Perbentangan

11

12/3/2012

Kuliah 8- Integrasi Teknologi Dalam Persekitaran Pembelajaran Kanak-Kanak

Perbentangan

12

19/3/2012

Kuliah 9- Powerpoint Interactive

Perbentangan

13

26/3/2012

Kuliah 10- Webquest

Perbentangan

14

2/4/2012

Rumusan Kuliah 11,12,13,14

10/4/2012

Minggu Ulangkaji

24/4/2012

Peperiksaan Akhir






D. PENILAIAN

Penilaian Berterusan

Ujian Pertengahan : 20%

Tugasan Individu : 15%

Projek (Blogspot) : 15%

Kuiz/ Kedatangan : 10%

Peperiksaan Akhir : 40%

E. RUJUKAN

  1. Intergating Educational Technology into Teaching 4th Edition http://www.prenhall.com/roblyer
  2. Power Point in The Classroom http://www.actden.com/pp2007/index.htm @ http://www.actden.com/pp/index.htm
  3. Creating a web site http://www.scio.k12.or.us/SHS/Staffweb/Mettsg/computer_lit/msedu/classroom/pub2k/website.htm
  4. Other website that suitable for this course

TUGASAN DPP 3122

Tugasan Individu (15%)

  1. Pelajar dikehendaki memilih dan mengulas satu artikel berkaitan dengan teknologi untuk kanak-kanak. Artikel hendaklah terdiri daripada bahan yang tepat dan sahih. Artikel hendaklah dilampirkan di bahagian lampiran sebagai bukti ulasan tersebut.
  2. Penulisan perlulah mengikut format yang telah ditetapkan iaitu:

· Font – Times New Roman

· Saiz – 12

· Line Spacing – 1.5

  1. Perkara-perkara yang perlu ada dalam ulasan yang dibuat ialah :

· Pengenalan-maksud/definisi

· Ulasan artikel

· Kebaikan/kelemahan artikel

· Cadangan penambahbaikan

· Penutup

  1. Ulasan yang dibuat hendaklah sekurang-kurangnya 5 muka surat tidak termasuk lampiran dan rujukan

Projek/ Tugasan Berkumpulan ( 15%)

  1. Kenalpasti satu topik dalam prasekolah yang boleh disokong dengan bahan visual. Sediakan satu aktiviti pengajaran yang menggunakan pelbagai fitur-fitur dalam perisian ”pembinaan bahan visual” untuk membina bahan visual tersebut. Hasil projek dimuatkan dalam blog.