Wednesday, January 4, 2012

Rancangan Intruksional

RANCANGAN INSTRUKSIONAL

DIPLOMA PENDIDIKAN PRASEKOLAH

SEMESTER 4

A. MAKLUMAT KURSUS

Kod Kursus : DPP 3122

Tajuk Kursus : Teknologi Untuk Kanak-Kanak

Penyelaras / Pensyarah : Cik Nurul Syazwani Binti Md Yusof

Tutor : Cik Nur Izzatie Binti Isa

Nilai Kredit : 2 jam kredit

B. OBJEKTIF KURSUS

Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat :

1. Menyenaraikan peranan guru dalam menilai kegunaan yang sesuai bagi teknologi dalam pendidikan prasekolah.

2. Menyenaraikan potensi manfaat-manfaat penggunaan bersesuaian bagi teknologi dalam program prasekolah.

3. Mengintegrasikan teknologi ke dalam persekitaran pembelajaran lazim.

4. Menghasilkan bahan pengajaran berunsur teknologi agar wujudnya capaian yang saksama bagi semua kanak-kanak.

5. Menyenaraikan cara untuk melindungi kanak-kanak daripada penstreotaipan dan keganasan dalam perisian

6. Menyenaraikan peranan guru dan ibu bapa sebagai pembela hak kanak-kanak untuk teknologi bermanfaat.

7. Menyenaraikan implikasi teknologi perkembangan profesional.

Sinopsis Kursus:

Peranan guru dalam menilai kegunaan-kegunaan yang sesuai bagi teknologi dalam program prasekolah. Potensi manfaat-manfaat penggunaan yang bersesuaian bagi teknologi dalam program prasekolah. Integrasi teknologi ke dalam persekitaran pembelajaran lazim. Capaian saksama untuk teknologi, termasuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Melindungi kanak-kanak daripada penstreotaipan dan keganasan dalam perisian. Peranan guru dan ibu bapa sebagai pembela hak kanak-kanak untuk teknologi bermanfaat. Implikasi teknologi terhadap perkembangan profesional.

C. MAKLUMAT KULIAH

MINGGU / TARIKH

TAJUK

KUIZ / PENGLIBATAN

CATATAN

1

2/1/2012

Pengenalan

2

9/1/2012

Kuliah 1 - Pengenalan Teknologi Untuk Kanak-Kanak

3

16/1/2012

Kuliah 2 - Information Technology, The Internet, And You

4

23/1/2012

Kuliah 3- The Internet And The Web

5

30/1/2012

Kuliah 4- Basic Application Software

6

6/2/2012

Kuliah 5- Input And Output

7

13/2/2012

Kuliah 6- Peranan Guru Dalam Menilai Teknologi Yang Bersesuaian Untuk Kanak-Kanak

8

20/2/2012

Cuti Pertengahan Semester

9

27/2/2012

Ujian Pertengahan Semester

10

5/3/2012

Kuliah 7- Potensi Dan Manfaat Penggunaan Teknologi

Hantar Tugasan 1

Perbentangan

11

12/3/2012

Kuliah 8- Integrasi Teknologi Dalam Persekitaran Pembelajaran Kanak-Kanak

Perbentangan

12

19/3/2012

Kuliah 9- Powerpoint Interactive

Perbentangan

13

26/3/2012

Kuliah 10- Webquest

Perbentangan

14

2/4/2012

Rumusan Kuliah 11,12,13,14

10/4/2012

Minggu Ulangkaji

24/4/2012

Peperiksaan Akhir






D. PENILAIAN

Penilaian Berterusan

Ujian Pertengahan : 20%

Tugasan Individu : 15%

Projek (Blogspot) : 15%

Kuiz/ Kedatangan : 10%

Peperiksaan Akhir : 40%

E. RUJUKAN

  1. Intergating Educational Technology into Teaching 4th Edition http://www.prenhall.com/roblyer
  2. Power Point in The Classroom http://www.actden.com/pp2007/index.htm @ http://www.actden.com/pp/index.htm
  3. Creating a web site http://www.scio.k12.or.us/SHS/Staffweb/Mettsg/computer_lit/msedu/classroom/pub2k/website.htm
  4. Other website that suitable for this course

TUGASAN DPP 3122

Tugasan Individu (15%)

  1. Pelajar dikehendaki memilih dan mengulas satu artikel berkaitan dengan teknologi untuk kanak-kanak. Artikel hendaklah terdiri daripada bahan yang tepat dan sahih. Artikel hendaklah dilampirkan di bahagian lampiran sebagai bukti ulasan tersebut.
  2. Penulisan perlulah mengikut format yang telah ditetapkan iaitu:

· Font – Times New Roman

· Saiz – 12

· Line Spacing – 1.5

  1. Perkara-perkara yang perlu ada dalam ulasan yang dibuat ialah :

· Pengenalan-maksud/definisi

· Ulasan artikel

· Kebaikan/kelemahan artikel

· Cadangan penambahbaikan

· Penutup

  1. Ulasan yang dibuat hendaklah sekurang-kurangnya 5 muka surat tidak termasuk lampiran dan rujukan

Projek/ Tugasan Berkumpulan ( 15%)

  1. Kenalpasti satu topik dalam prasekolah yang boleh disokong dengan bahan visual. Sediakan satu aktiviti pengajaran yang menggunakan pelbagai fitur-fitur dalam perisian ”pembinaan bahan visual” untuk membina bahan visual tersebut. Hasil projek dimuatkan dalam blog.

No comments:

Post a Comment